BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

WARKAH DARI NaMi (penulis)

~ASSALAMMUALAIKUM~

'SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!!!'

blog ini hanyalah sekadar hiburan buat diri ini semata - mata... Tiada kaitan dgn org lain, so sebarang persamaan yg disengajakn / tidak disengajakan adalah secara kebetulan... maaf di atas segala kesulitan yg berlaku.... ^V^
Terdapat ralat dalam alat ini

Tuan/Cik Muda

Translate

Halaman

Sabtu, 20 Oktober 2012

Anda KIDAL?

Assalam sume!!!
   Hohoho, lame x meng-UPdate blog nie kn? hehehe, sori.... sye sbnrnye tgh amik final year exam, biase r bdk.... Ok, STOP cite pasal EXAM, sakit hati dgr.... Sbnrnye sye ari nie nak cite sikit pasal KIDAL nie, korg tau ape tu KIDAL? Ringkasnye, org yg ade kebolehan menggunekn tgn KIRI dia r...selain tu kte panggil mereka nie Left-Hander dlm bahasa inggeris.... tp kn, sye msih ter-tanye2 r. ape org call utk org yg bleh gunekn dua2 blah tgn dia ye? DOUBLE? BOTH? molla, sye pon x tau.... ade sesape tau ke? Klau tau ce-gitau sye ye...


Yes, I'm Left Handed too!!!
13/8 ~ Happy Left-Handers Day

Org KIDAL gune otak KANAN manakala org BIASA gune otak KIRI

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan. Tetapi sekarang ni sudah terdapat banyak peralatan untuk orang bertangan kiri. Malahan, orang bertangan kiri dikatakan mempunyai imaginasi yang hebat berbanding orang bertangan kanan.

Kekurangan – Seorang yang bertangan kiri dikatakan lebih cepat mati berbanding orang bertangan kanan. Malahan, dalam agama Islam, mendahulukan anggota kanan adalah lebih baik berbanding kiri.

P/S: sye nie pon kidal gak. hohoho....

0 ulasan:

BuTToN

fb Twitter

Post Menarik & Terkini

get this widget here